Showing posts with label penang tourism. Show all posts
Showing posts with label penang tourism. Show all posts

Monday, November 28, 2011

Kota Cornwallis, Kubu Pulau Pinang

Kota Cornwallis, Kubu Pulau Pinang


0

Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor General India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang KOta Lama, Georgetown, Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung.


Ia dibina oleh Kapten Framcis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi.Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatankKolonel R.T. Farquhar sebagaiGabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari seranganPerancis.Dinding-dinding kubunya, yang secara kasar setinggi 10 kaki, dibina dalam bentuk bintang. Berjalan kaki sepanjang dinding kubu mengambil masa selama 10 minit. Di dalam kubu, masih terdapat beberapa struktur asal yang dibina lebih seabad yang lalu, termasuk sebuah gereja kecil, sel-sel penjara, kawasan storan senjata, tiang bendera asal dan beberapa meriam gangsa lama, salah satu daripada meriam Belanda ini bernama Seri Rambai, bertarikh 1603.

Pada masa kini, pelabuhan Pulau




Pada masa kini, pelabuhan Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan feri mulai jam 5.30 pagi sehingga 1.00 pagi menghubungkan Georgetown di bahagian pulau dan Butterworth di tanah besar. Perkhidmatan feri ini beroperasi dengan lapan buah feri (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007). Feri-feri tersebut yang membawa penumpang pejalan kaki dan kenderaan di dek atas dan kenderaan di dek bawah tersebut berlepas dari terminal setiap lapan minit pada waktu puncak dan frekuensinya berkurangan menjelang tengah malam. Perjalanan feri mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk menyeberang selat sepanjang 3.2 kilometer Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007). Jumlah keseluruhan trafik feri dalam tahun 2006 termasuk semua perkhdimatan seperti pejalan kaki, basikal, motosikal, kereta dan lori telah meningkat 1.1% daripada 5.859 juta unit pada tahun 2005 kepada 5.922 juta unit (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007). Pelabuhan Pulau Pinang telah menetapkan beberapa peningkatan harga tiket terhadap perkhidmatan komersil dan pengguna awam. Dengan kos yang baru dan komitmen terhadap pembangunan perkhidmatan, satu tarif baru harga tiket telah diperkenalkan dan sedang dilaksanakan sejak 1 Mei 2005 (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 2007).

Pada tahun 1981, 3 lagi feri baru

Pada tahun 1981, 3 lagi feri baru kelasRimau telah dibeli oleh pihak SPPP. Pada tahun 1984 merupakan tahun kemuncak bagi permintaan perkhidmatan feri Pulau Pinang. Jumlah kenderaan yang menggunakan perkhidmatan feri telah bertambah 5% untuk kereta dan 10% untuk lori berbanding tahun sebelumnya. Bilangan motosikal sahaja yang menggunakan perkhidmatan feri telah mencecah angka 6.8 juta unit (kiraan trafik 2 hala), manakala jumlah penumpang meningkat kepada 22. 2 juta orang (Mahanum Ghazali, 1995). Pada tahun 1987 pula, jumlah trip perjalanan feri telah mencatat yang tertinggi berbanding tahun-tahun yang lepas, iaitu 137 128 trip sehala (79 490 oleh feri lama dan 57 638 oleh feri baru). Jumlah trip ini sepatutnya akan meningkat dengan lebih baik lagi pada tahun-tahun akan datang, malangnya disebabkan peristiwa Jeti Runtuh pada 31 Julai 1988 telah menyebabkan pangkalan jeti lama tidak boleh lagi digunakan untuk mengangkut penumpang (Mahanum Ghazali, 1995). Memandangkan perkhidmatan jeti lama di Pangkalan Sultan Abdul Halim tidak mungkin dapat dipulihkan lagi, banyak feri lama telah direhatkan dan tidak digunakan lagi sejak Disember 1993. Dengan struktur organisasi pada tahun 1995, hanya menggunakan satu pangkalan (pangkalan kenderaan) dan lima buah feri dalam setiap hari operasi (6 buah pada hari kelepasan umum, cuti sekolah dan hari perayaan), pihak feri cuba memenuhi permintaan pengguna dengan meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan (Mahanum Ghazali, 1995).

umlah pengangkutan bermotor yang

umlah pengangkutan bermotor yang dikendalikan telah meningkatkan dengan pesatnya daripada 247 000 buah kenderaan pada tahun 1946 bertambah kepada 717 000 buah pada tahun 1956, dan meningkat lagi ke paras 814 000 buah pada tahun 1958 (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977). Memandangkan permintaan untuk perkhidmatan feri kian meningkat saban tahun, maka satu perancangan telah dilakukan untuk memodenkan perkhidmatan feri secara keseluruhan pada tahun 1953. Merentasi tahun 1959, feri-feri yang lama dan uzur telah digantikan dengan 5 buah feri baru yang boleh memuat dan memunggah di kedua-dua hujung feri dalam kategori kelas Aman (Mahanum Ghazali, 1995). Disebabkan permintaan yang semakin bertambah, pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah membeli sebuah feri lagi pada tahun 1965 dan dua buah feri lagi pada tahun 1971. Dengan 8 bual feri ini, perkhidmatan feri ini telah ditingkatkan dengan sebanyak 1699 400 buah kenderaan pada tahun 1968 berbanding hanya 776 500 buah pada tahun 1959. Manakala pada tahun 1971, peningkatan terhadap penggunaan perkhidmatan feri ini bertambah lagi kepada 3098 500 buah kenderaan dan 15 juta penumpang pejalan kaki (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977).
Permintaan yang semakin meningkat telah memaksa pihak pentadbiran feri, SPPP menjalankan satu kajian pada tahun 1968 untuk menganalisis tingkatkan kedayaan perkhidmatan feri ini. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa 8 buah feri dan pangkalan feri yang sedia ada telah mencapai had kedayaan mengendalikan kenderaan maksimum (Mahanum Ghazali, 1995). Pada Jun 1971, SPPP telah melancarkan Projek Pengeluasan Feri di bawah Rancangan Malaysia ke-2 dengan peruntukan sebanyak $ 17.5 juta (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977). Projek ini melibatkan pembinaan terminal feri yang mampu mengendalikan 2 feri pada masa serentak. Terminal baru ini terletak bersebelahan dengan terminal lama untuk memudahkan kawalan trafik dan kecekapan operasi. Pangkalan feri dua tingkat ini dirasmikan pada 16 Januari 1977 (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977). Terminal feri ini juga berupaya melakukan kerja-kerja pemunggukan kenderaan dan penumpang pejalan kaki sekaligus (Mahanum Ghazali, 1995). Pihal SPPP turut membeli 3 buah feri baru yang direka bentuk khas untuk pangkalan baru ini. Feri-feri ini akan digunakan untuk mengangkut kenderaan sahaja di dek atas dan bawah. Dengan adanya feri-feri ini, pihak SPPP berharap dapat mengurangkan masalah trafik yang semakin meruncing (Mahanum Ghazali, 1995).

Sejak perkhidmatan feri diperkenal,


Sejak perkhidmatan feri diperkenal, sambutan daripada penduduk-penduduk sekitar Pulau Pinang dan Butterworth semakin ramai. Justeru, jeti-jeti yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan penduduk menyebabkan LPPP terpaksa membesarkan jeti-jeti berkenaan, dan penambahan lagi dua buah feri yang lebih besar (Tanjung dan Kulim) juga telah dilakukan (Mahanum Ghazali, 1995). Ketiga-tiga feri itu beroperasi dengan kadar setengah jam satu feri. Pada tahun 1983, sebuah feri yang lebih besar lagi telah dibeli dan diberi nama Bagan digunakan untuk mengangkut penumpang-penumpang yang semakin bertambah. Meskipun begitu, pada tahun 1941 hingga 1945, perkhidmatan feri telah dilumpuh kerana melanda perang dunia kedua, ketika tentera Jepun menjajah Tanah Melayu (Mahanum Ghazali, 1995). Perkhidmatan feri telah dipulihkan selepas perang dunia ke-2 pada tahun 1945 oleh pentadbiran tentera British. Malangnya, feri-feri yang sedia ada telah dimusnahkan semasa peperangan, maka kapal-kapal tongkang yang mempunyai dek dan ditunda dengan lanci telah digunakan untuk tujuan pengangkutan (Mahanum Ghazali, 1995). Setelah LPPP diberkan nafus baru pada April 1946, lembaga ini telah mengambil alih perkhidmatan feri ini. Di samping itu, 4 buah kapal perisal pendarat pihak tentera British turut diubahsuai untuk menyediakan kemudahan tempat duduk bagi penumpang (Mahanum Ghazali, 1995).

Feri Pulau Pinang, Pelayaran Mutiara

Feri Pulau Pinang, Pelayaran Mutiara


0




Perkhidmatan Feri Pulau Pinang merupakan perkhidmatan feri tertua di Malaysia. Perkhidmatan feri terkenal ini dihubungkan antara terminal feri Pulau Pinang di Butterworth ke terminal feri Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay di George Town di Pulau Pinang.




Perkhidmatan feri pertama di Pulau Pinang bermula sejak tahun 1894 oleh seorang pengusaha persendirian, Encik Quah Beng Kee dan saudara-saudaranya (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1981). Walau bagaimanapun, reka bentuk feri pada masa itu bukan seperti yang dapat disaksikan pada hari ini, feri pada masa itu hanya merupakan lanci-lanci kecil yang menggunakan kuasa wap untuk berjalan (Mahanum Ghazali, 1995). Feri itu juga hanya dapat mengangkut penumpang dan baran-barang yang terhad sahaja kerana pada masa itu masih belum ada kenderaan bermotor lagi (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1981). Manakala lokasi pendaratan feri pada waktu itu adalah antara Jeti Kedah di Pulau Pinang dan beberapa tempat pendaratan di Seberang Perai (Mahanum Ghazali, 1995). Perkhidmatan feri yang dapat mengangkut kenderaan bermotor hanya bermula selepas Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang (LPPP) mengambil alih pengurusan dan penyeliaan feri pada Disember 1924. Pada tahun berikutnya, perkhidmatan ini telah dikendalikan di jeti yang khusus, iaitu Jeti Lebuh Gereja di Pulau Pinang dan Jeti Mitchell di Butterworth. Pada masa itu, hanya terdapat satu feri berkuasa wap bernama “Seberang” yang dibina oleh Lembaga Pelabuhan Singapura sahaja yang beroperasi untuk memuatkan penumpang pejalan kaki dan kereta-kerata (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1977).

Tuesday, November 15, 2011

Bukit Bendera

Bukit Bendera


0http://www.penangtravelsecrets.com/images/bukitbenderaview.JPG

Located 6km from George Town, Penang Hill (Bukit Bendera) is one of the most popular destinations in Penang. Penang Hill is actually a complex of hills and spurs and the highest point is Western Hill which is 830 meters (2730ft) above sea level. Apart from the cool climate and the fantastic panoramic view of George Town, Tanjung Bungah and the mainland from the summit, you can also enjoy the picturesque colonial bungalows, a beautiful flower garden and a bird sanctuary. Some of the flora and fauna of Penang Hill are considered as endemic species, and are so rare that their existence is endangered.

The most convenient way up to Penang Hill is by means of a funicular railway in Air Itam (there’s not much places you be seeing such funicular railway system these days!). There is a tunnel which measures 258 feet long and 10 feet wide starting at steepness of 35 feet high, which is the steepest tunnel in the world.
The funicular train leaves every 30 minutes and can carry up to 80 passengers. One way ticket cost of RM4. It takes about half an hour to the top. The funicular train does not go straight to the summit and will pass several small stations, where the locals will alight. There are also some small hotels and guesthouses on this stretch. During holiday seasons, the wait for this ride can take as long as 1hr.
Funicular Train service
Going up, 6:30am to 9:30pm. Saturday extend until 11:30pm
Going down, 6:45am to 9:15pm. Saturday extend until 11:15pm
The alternative is to hike up. You will pass by several pit stops on your way to the summit. Some of the more famous pit stops at the mountain are 52 and 84, at these pit stops, the view of island is visible to hikers which are able to get some water, tea and coffee (you might even get biscuits if you are lucky) prepared by locals stationed on the hill; don’t forget to drop some change into the box to help maintain the services for others. Pit stop 84 is the last one before reaching the top of Penang Hill, it will take you another 45 minutes from 84. There are a number of trail leading to different peaks as follows:
  • Moon Gate at Waterfall Road: 5.5km about 3 hours
    About five minutes away from the Botanic Garden entrance. This trail takes you to Bukit Bendana and 84. The moon gate was once the main gate into the grounds of a colonial mansion aptly named “Yu Yi Yuan” (Yu Yi Garden). The mansion is now in ruins and lies just 15minutes walk from the gates, but its history is significant in the chronicles of the migrant Chinese in Penang.
  • Hye Keat Estate , Air Itam
    This path takes trekkers through a connection of fruit and vegetable farms and forks off to 84 whilst the other veers off to the Middle Station. From the Middle Station, trekkers can opt to trek all the way up to the top of Penang Hill or hop onto to the funicular train all the way up or down.
  • Tiger Hill trail: 8km about 5 hours
    This uphill climb starts from Air Itam , not far from the Kek Lok Si Temple. The trail heads up to the Air Itam Dam and then to Tiger Hill, ending at Summit Road. From the exit point at Summit Road, it’s another 30min to Strawberry Hill. According to trekkers, this trail is worth the hard work trudging into valleys, passing by a farm, streams, jungle shrubbery and trees. Not much left of this on the island, it is a must do before it completely disappears.
Another way to go up the hill is by hiring a 4WD vehicle which is the least popular choice. Hotel Bellevue provides this service from RM70 to RM130 depending which part of the island are you from.
Locatrion: The station to get to the top is located in Air Itam. At Air Itam, you should come to a roundabout. One side leads to Kek Lok Si Temple and the other to Penang Hill.

Labels

ALAPPUZ TOURISM Aihole tourism Alchi tourism Amber Fort Anantasagaram tourim Andhra Pradesh tourism Archaeological Museum Architecture of Fatehpur Sikri Attractions in Ranthambhore National पार्क RAJASTHAN Bandhavgarh TOURISM Bhandeswari Jain Temple Chandigarh tourism Chandigarh. tourism Chennai tourism Chill On The Hills Chittorgarh Travel TOURISM City Palace City Palace – RAJASTHAN City Palace – Jaipur RAJASTHAN City Palace – Udaipur City Palace – जयपुर RAJASTHAN City Palace – जयपुर TOURISM Coimbatore Coimbatore tourism Coimbatore. tourism Dancesrajasthan Delhi Delhi tourism Delhi tourism Delhi Tourism india Delhi tourism Delhi. tourism Delhi.tourism Delwara Jain Temple Desert National Park RAJASTHAN Durgapur tourism Fatehpur Sikri Fatehpur Sikri Agra Fathehpur Sikri place Flora in Ranthambhore National पार्क RAJASTHAN Fruits of Jain Architecture Gajner Palace: RAJASTHAN Gandhinagar in Gujarat. Gardens of Rajasthan Gujarat Tourism Guwahati tourism Hawa Mahal India India. Jain हवेली RAJASTHAN Jaipur Jaipur:Monuments of Rajasthan Jaisalmer City RAJASTHAN Jal Mahal Jantar Mantar Jharkhand TOURISM Jodhpur City RAJASTHAN Junagarh फोर्ट RAJASTHAN Karnataka and Tourism Karnataka tourism Karnataktourism Kathmandu tourism Kerala t ourism Kochi tourism Kolyatji RAJASTHAN Kumbhalgarh फोर्ट RAJASTHAN Kumbhalgarh फोर्ट रास्थान TOURISM Kutch Ran Utsav Lake Palace Lakes of Rajasthan Lalgarh PALACE RAJASTHAN Lalgarh Palace Languages of Rajasthan Lonavala TOURISM MIZORAM tourism Maharashtra tourism Mandawa Travel गुइदे rajasthan Mandem tourism Meghalaya tourism Mehrangarh Fort Mount Abu Tourism Mount Abu Travel TOURISM Mount Abu Travel Guide rajasthan Mount Abu is a jodhpur Mt. Abu Tourism Mughal एम्पिरें Fatehpur Sikri Museum and Art Gallery Museums in Rajasthan Music of Rajasthan National Parks in Rajasthan - National Parks in Rajasthan -- Neora Valley National Park tourism Orissa tourism Patan. tourism People of Rajasthan Pilgrimage in Rajasthan Purana कुइला डेल्ही tousim Pushkar City TOURISM Raiganj tourism Rajasthan Rajasthan tourism Rajasthan सफारी tourism Ranthambhore National पार्क RAJASTHAN Ranthambore City TOURISM Ranthambore National Park Rayadurg tourim Salimgarh फोर्ट tourism Samode InformationRajasthan Sand Dunes of Rajasthan School of Spirituality Shekha Narayan. Sikkim TOURISM Srinagar tourism Tamil Nadu TOURISM Taste The Honey And Buy The Moon Temrupalle tourism The Ranthambhore National Park The history of बीकानेर RAJASTHAN Thiruvanthipuram tourism Tour Travel Tripura tourism Udaipur Udaipur Travel TOURISM Udaipur: rajasthan Umaid Bhawan Palace Uttar Pradesh tourism Uttarakhand tourism Vridhachalam tourism Vrindavan tourism assam tourism bihar tourism bopal tourism chandigad tourism delhitourism dharampuri tourism dilhi tourism dinath of a hill. fatehpursikari goa tourism himachalpradesh tourism jamnagartourism kartnataktourism kasmir tourism manipur tourism pune tourism tabahaltourism the posh south Delhi colonies. tourism utranchal tourism visitor ’s attraction. west bangal tourism उदैपुर RAJASTHAN उदैपुर TOURISM उदैपुर राजस्थान TOURISM कर्णाटक .Mysore Tourism कर्णाटक tourism चंदिगढ tourism जयपुर RAJASTHAN जयपुर RASTHAN जयपुर TOURISM जैसलमेर RAJASTHAN जोधपुर RAJASTHAN जोधपुर राजस्थान डेल्ही tourism तमिलनाडु TOURISM दिल्ही tourism दिल्ही tourism फतेहपुर sikari बंगलोरे tourism बंगलोरे कर्णाटक tourism बीकानेर RAJASTHAN बीकानेर RAJASTHAN TOURISM मेघालय tourism मोनुमेंट rajasthan राजस्था न tourism राजस्थान tourism राजस्थान tourism सिटी palacerajasthan हिमाचल प्रदेश