Pada tahun 1981, 3 lagi feri baru kelasRimau telah dibeli oleh pihak SPPP. Pada tahun 1984 merupakan tahun kemuncak bagi permintaan perkhidmatan feri Pulau Pinang. Jumlah kenderaan yang meng
gunakan perkhidmatan feri telah bertambah 5% untuk kereta dan 10% untuk lori berbanding tahun sebelumnya. Bilangan motosikal sahaja yang menggunakan perkhidmatan feri telah mencecah angka 6.8 juta unit (kiraan trafik 2 hala), manakala jumlah penumpang meningkat kepada 22. 2 juta orang (Mahanum Ghazali, 1995). Pada tahun 1987 pula, jumlah trip perjalanan feri telah mencatat yang tertinggi berbanding tahun-tahun yang lepas, iaitu 137 128 trip sehala (79 490 oleh feri lama dan 57 638 oleh feri baru). Jumlah trip ini sepatutnya akan meningkat dengan lebih baik lagi pada tahun-tahun akan datang, malangnya disebabkan peristiwa Jeti Runtuh pada 31 Julai 1988 telah menyebabkan pangkalan jeti lama tidak boleh lagi digunakan untuk mengangkut penumpang (Mahanum Ghazali, 1995). Memandangkan perkhidmatan jeti lama di Pangkalan Sultan Abdul Halim tidak mungkin dapat dipulihkan lagi, banyak feri lama telah direhatkan dan tidak digunakan lagi sejak Disember 1993. Dengan struktur organisasi pada tahun 1995, hanya menggunakan satu pangkalan (pangkalan kenderaan) dan lima buah feri dalam setiap hari operasi (6 buah pada hari kelepasan umum, cuti sekolah dan hari perayaan), pihak feri cuba memenuhi permintaan pengguna dengan meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan (Mahanum Ghazali, 1995).

No comments:
Post a Comment