Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor General India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang KOta Lama, Georgetown, Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung.
Ia dibina oleh Kapten Framcis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi.Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatankKolonel R.T. Farquhar sebagaiGabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari seranganPerancis.Dinding-dinding kubunya, yang secara kasar setinggi 10 kaki, dibina dalam bentuk bintang. Berjalan kaki sepanjang dinding kubu mengambil masa selama 10 minit. Di dalam kubu, masih terdapat beberapa struktur asal yang dibina lebih seabad yang lalu, termasuk sebuah gereja kecil, sel-sel penjara, kawasan storan senjata, tiang bendera asal dan beberapa meriam gangsa lama, salah satu daripada meriam Belanda ini bernama Seri Rambai, bertarikh 1603.
No comments:
Post a Comment